TANYA DR MANI - KESAN DIABETES DAN INSULIN RESISTANCE

 PROTEIN sebenarnya BUKAN PUNCA kegagalan buah pinggang. 


Menurut Dr. Onn Akbar Ali, beberapa punca kerosakan buah pinggang sehingga menyebabkan perlu dialisis antaranya ialah 4D, 1H, 1A.


Diabetes

Diabetes

Diabetes

Diabetes

Hypertension

Autoimmune


Diabetes bermula apabila berlaku masalah rintangan insulin atau insulin resistance (IR). 


Masalah IR pula berpunca daripada pengambilan karbohidrat dan gula yang kerap/banyak dalam tempoh bertahun-tahun. 


Pemakanan tinggi karbo (termasuklah gula) menyebabkan keradangan (inflammation) sehingga menimbulkan kerosakan Nephron dan Tubular.


Apabila buah pinggang rosak, ia tidak dapat menyerap kembali protein untuk digunakan oleh tubuh sehingga protein 'leaking' keluar dari tapisan dan berada dalam air kencing. 


Namun kebanyakan ahli perubatan beranggapan bahawa proteinlah yang menyebabkan keadaan ini berlaku kerana berlaku keadaan Proteinurea.


Kesimpulannya, (A) makan karbo dan protein sederhana + rendah lemak adalah ok.

(B) Makan protein dan lemak sederhana + rendah karbo pun ok. 

(C) makan karbo berlebihan (D) makan karbo sederhana, tapi lemak pun banyak. 


Bagi orang dengan bacaan gula darah tinggi, HbA1C > 6%, maka pilihan (B) adalah lebih sihat. Makan macam tu akan buat insulin jadi kembali sensitif.


Malah dah ramai pesakit diabetes yang sampai kena cucuk insulin kembali sihat, tak perlu lagi makan ubat dan cucuk insulin lepas amalkan low carb/keto diet. 


Sekadar berkongsi apa yang saya belajar, faham dan amalkan. Bab pemakanan ni kena ikut kesesuaian dan keperluan masing-masing juga.


Dulu saya ingat bila buat keto/low carb ni nak kena makan telur hari-hari, memang tak nak lah. 


Rupanya cuma elakkan/kurangkan pengambilan karbo sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

sertralin HCl 50mg tab

MUCOSOLVAN - ubat cair kahak